Thursday, June 25, 2009

Nur dan Hairclip

Hee.. hari ni nak tunjuk foto si Nur dan hairclipnya. Si Nur ni tak sibuk pun, Ummi dia yang sibuk lebih-lebih. Sib baikla si Nur ni tak jenis cepat rimas, dia tak sibuk pun nak tanggalkan hairclip tu. Ni la penangan dapat anak pompuan. Macam-macam jenis aksesori. Naik rambang mata dibuatnya. Tu belum menda-menda lain..hee..rabak poket acik.











Hai...tak fasal-fasal si Nur ni jadi model. Ummi nya pulak tak reti-reti penat nak shooting foto si Nur. Mudahan Nur Khadeejah Soleha membesar jadi anak yang solehah. Kecik-kecik ni takpe, pakai le hairclip ke, hairband ke, tak wajib tutup aurat lagi. Nanti dah baligh, wajib tutup aurat ya nak..

Wednesday, June 24, 2009

A Mother's Love

Ku terima email dari kawan ku. Ada foto-foto ni semua. Memang la adegan-adegan tu, yang menjayakannya adalah bintang-bintang bernama monyet dan anjing, tapi, kisah yang tak berdialog ni, amat menyentuh hati dan perasaan.












Begitulah besarnya kasih seorang / seekor ibu...

Tuesday, June 23, 2009

Tergamaknye....

Tengahari tadi ku pergi beli grocery kat pasaraya kat sebelah opis ni. Ada la beli air soya (ni kes baca kat blog si Hayatie My Exclusive Xpressing tu la, dia minum soya bebanyak utk maintain supply susu), sayur sikit, taucu (acik teringin nak makan masak taucu weh..), milo and etc.
Masa bayor kat kaunter tu, ntah macammana teramah mesra lah pulak ngan adik kat kaunter tu. Pasaraya ni memang tengah full renovate. Tu la barang-barang dia huru-hara sikit. Tapi, sebab ni la pasaraya yang paling dekat ngan opis, shopping kat sini je la masa lunch tadi.
Borak punya borak, adik kat kaunter tu cerita la fasal ada lah manusia tu, selalu curi susu tepung untuk anak dia. Boleh dikatakan selalu pulak tu. Pas tu siap bawak bekas untuk isi susu tu. Ternganga ku dengar cerita adik kaunter tu. Ku tanya la adik tu, "orang mana la yang buat kerja gitu dik ?" Adik tu jawab, "orang kerja kat Jabatan.........(tak leh nak sebut, nanti malu jabatan tu) tu la kak, tu la yang saya jadi tak respect dah orang kerja kat situ, dah la dia cakap pasaraya kitorang ni nak bankrap lah, nak tutup la, tapi dia, tiap-tiap hari shopping kat sini. Kita cam muka dia kak, bukannya tak kenal dia.". Ku tanya balik adik tu, "pompuan ke lelaki yang buat kerja tu dik ?". Adik tu jawab, "pompuan kak...!!" Bertambah tergezut ku dengar jawapan dari adik tu. Seorang 'ibu' tergamak memberi minum susu tepung yang dicuri kat pasaraya kepada anak dia..!
Lama ku termenung masa balik ke opis tadi. Itulah, Allah SWT dah jadikan manusia ni lengkap serba-serbi. Manusia itu sendiri yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat pemberianNya. Allah SWT jadikan seorang ibu itu mempunyai susu untuk diberikan kepada anaknya sebaik sahaja anak itu dilahirkan, tapi ibu itu sendiri yang tidak mahu menggunakan kemudahan yang diberikan Allah SWT kepadanya.
Bayangkanlah, susu tu keluar dari badan kita, tunggu anak tu hisap je. Boleh dibawa ke mana-mana. Tak payah nak tanggal atau kena simpan kat peti sejuk ke. Tak basi, tak ada expiry date. Nikmat besar dari Allah SWT tu. Ku berdoa, agar semua ibu-ibu di dunia ini sedar akan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita semua kaum ibu ni. Gunakanlah nikmat ini sewajarnya dan sebaik-baiknya.

Friday, June 19, 2009

Resepi Kek Coklat Kukus Senang

Ku nak ajar satu resepi buat kek yang amatla senangnya hari ni. Macam nama kek ni la, Kek Coklat Kukus Senang. Bak kata kakak sepupuku yang ajor buat kek ni, "ko mesti boley buat kek ni. Akak yang buta kayu fasal kek ni pun boley jadi kek tu ". Berkobar-kobar ku men try resepi kek nih.
Ni la bahan-bahannya :

1. Tepung Gandum 2 cawan (ikut la cawan saiz apa pun, guna cawan ni untuk sukatan dalam resepi ni.)
2. Serbuk koko 1 cawan (guna serbuk koko Van Houten la, baru best)
3. Susu pekat manis 1 tin (tin yang panjang 250g)
4. Gula pasir 1 cawan
5. Telur 4 biji
6. Minyak masak Mazola atau Daisy 1 cawan
7. Air panas 1 cawan
8. Soda bikarbonat 1 sudu kecik (jangan terlebih lak, nanti rasa pahit)

Cara-cara nak masak :

1. Pukul telur ngan gula. (Kalau takde mixer, guna blender pun boley..)
2. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat.(campur skali)
3. Gaulkan bahan yang diayak tadi dengan susu manis.
4. Masukkan campuran telur yang dah dipukul tadi.
5. Gaulkan rata. Guna senduk ke, sudu ke, kacau, jangan tak kacau.
6. Masukkan minyak masak. Gaulkan rata-rata.
7. Masukkan air panas. Gaulkan rata gak.
8. Masukkan bahan ni dalam loyang. Tak payah letak minyak atau marjerin kat loyang tu.
9. Kukus selama 1 jam.

Wa lah..siap. Boley dimakan. Nanti, ku ajar buat topping coklat kat atas kek tu pulak.








Selamat Mencuba !

Thursday, June 18, 2009

Nur Demam

Dah beberapa hari ku tak berblogging. Seperti biasa, every weekend ku balik kampung. Weekend baru ni turn balik ke kampung hubby kat Mentakab. Camtu le rutinnya. Minggu ni balik kampung hubby, next weekend balik kampung ku pulak. Aktiviti ni dah berjalan dan berterusan semenjak ku mula menikah lagi. Tapi, semenjak Along dah tiada, bila balik ke kampung hubby kat Mentakab, hari Sabtu kami akan ke Kg. Lebu, Bentong, menziarah pusara Along di sana. Balik dari Kg Lebu, biasanya petang tu kami lepaq je la kat umah.
Weekend baru ni tambah satu lagi destinasi, Ahad tu, kami ke HKL. MIL warded sebab ada problem sikit kat perut dia. Ada la buat minor surgery. Nak kata surgery pun tak le jugak, tak reti le nak describe camne. Tapi Ahad tu dari pagi sampai petang la kami di HKL. Seperti biasa, kami akan singgah kat wholesaler tudung untuk ambik stok tudung. Business lah pulak weh..
Balik dari KL petang tu, si Nur asyik meragam dalam kereta. Dia dah start selsema. Malam tu balik ke Kuantan badan dia dah start dedar (ni bahasa tempat ku, maksudnya, start panas-panas suam). Next morning tu badan Nur dah panas. Selsema makin beria. So, kami decided bawak Nur ke klinik. Doktor bagi ubat demam, ubat batuk and selsema. Ku tak beri Nur makan pun. (Hee..benornya ku ke klinik tu untuk ambik MC ku. MC jaga anak demam....Boley kan gitu...!!) Ku continue bagi nenen kat Nur. Ku ada terbaca dalam satu artikel tu, kalau anak demam, seboleh-bolehnya jangan cepat sangat bagi ubat demam kat dia. Sebab, masa dia demam, badan dia akan cuba lawan kuman kat badan dia. Demam tu adalah satu mekanisma badan dia untuk fight kuman tu. Kalau breastfeeding baby, continue beri dia breastmilk. Beri kerap sikit supaya badan dia tak cepat kering.
Alhamdulillah, the next morning, demam Nur dah kebah (ni pun bahasa kg ku, maksudnya dah pulih).
Tapi ku decided tambah satu hari cuti, saja nak observe Nur. Alhamdulillah..Nur dah OK. Asyik main je dia. Nur pun dah mula nak angkat-angkat punggung dia dan tangan dia. Dah nak mula merangkak. Sebelum ni asyik melaju dan menjulur je. Dah la laju semacam dia melaju, pas tu nampak je ada menda-menda kat lantai, semua dia nak kutip. Haru woo.. Haa..ni le muka si budak demam tu. Siap ada selsema kat hidung lagi. Sian Nur...







Hari ku lepaq kat rumah ngan Nur tu ku tertonton la rancangan Apa Kata Wanita kat TV1 ke TV2 ye? Lupa lah pulak. Antara tetamu jemputannya ialah Dato' Dr Noor Laily Binti Abu Bakar. Dia cerita fasal Institut NURY nya. Ada la dia cakap, kalau lah semua ibubapa tahu tentang pentingnya proses perkembangan anak-anak yang bermula dari meniarap, melunjur, menjulur, melaju, merangkak dan seterusnya, tentu ibubapa akan sabar menunggu anak-anaknya itu menjalani semua proses-proses perkembangan itu mengikut tahapnya satu-persatu.
Sekiranya dia mampu, kata Dr Noor Laily, dia akan pastikan tidak ada penggunaan walker sama sekali kepada anak-anak ini. Kerana, penggunaan walker ini telah menyebabkan salah satu proses yang amat penting dalam perkembangan otak anak-anak iaitu merangkak telah ditinggalkan. Penggunaan walker seolah-olahnya memaksa anak untuk berjalan dengan cepat sebelum dia belajar merangkak. Apa yang menakutkan, kesan dari proses yang ditinggalkan itu akan mengakibatkan masalah yang besar kepada 'anak-anak walker' ini apabila dia besar nanti. Antaranya, dia mungkin menjadi seorang Boss apabila besar nanti, tetapi dia akan menjadi seorang Boss yang cepat baran, pembengis dan suka menghempas fail. Mengapa? Kerana dia tidak mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam dirinya yang antaranya dipupuk dan dirakamkan dalam mindanya semasa proses merangkak tadi.
Woaa...ku baru nak pergi ricky walker kat Anakku dan East Coast Mall, nampak gayanya, cancel lah. Sudahnya, petang tu ku sama-sama merangkak ngan Nur, main tepuk-tepuk semut kat lantai....!! Nur punya fasal, semua jadi..




Friday, June 12, 2009

Apa Nak Jadi....??

Hari ni ku nak suarakan rasa tak puas hatiku pada bebudak lelaki yang tak pergi solat Jumaat hari ni. Terang-terang Tok Khatib tengah baca khutbah kat masjid, diorang dok pakat gelak-gelak sesama dia sebab tak gi masjid. Apakah?? Ku cuba tak nak prasangka bukan-bukan kat bebudak nih. Ye la kan, maybe they all ni musafir. Tapi takde pulak bawak beg besar. Bawak plastik shopping complex ada la. Hee..patutla makin rosak akhlak sekarang ni. Pemuda tiang negara pun ntah dah tak tertegak lagi imannya. Ni ada agaknya yang solat Jumaat lat-lat minggu, minggu ni pergi, minggu depan ponteng. Pas tu pergi, pas tu ponteng. Apa nak jadi la..!
Lepas tu ku terserempak pulak ngan couple-couple nih. Bebudak ni jalan memang la berjemaah, tapi pompuan lelaki pakat pegang-pegang tangan. Ni kan hari Jumaat yang mulia, tengah waktu orang solat Jumaat, setidak-tidaknya, hormatilah waktu. Kot tak pergi masjid pun, jalan memolek tak peluk-peluk pegang tengah public tak boleh ke ? Hee..apa nak jadi la...!
Alangkah sedihnya Rasulullah saw seandainya Baginda yang terserempak ngan bebudak nih. Tu lah seperti yang dikatakan Tok Imam kat masjid tu, Rasulullah saw pernah bersabda " Islam itu asalnya terasing, akhirnya nanti akan terasing juga. Berbahagialah orang-orang yang terasing". Dalam maksud nya tu. Fikir-fikirkan lah..









Thursday, June 11, 2009

Breastpump Ku

Salam. Ha ni entry fasal breastpump. Memula ku guna Avent Isis Manual. Hubbyku belikan masa ku dalam ward lepas bersalin. Dia tanya je la kat salesgirl tu breastpump apa yang ok. Salesgirl tu suggestkan beli Avent manual tu. So, hubbyku pun beli jelah. Memula ku guna, ku tak tahupun yang susu memula kita tu memang la tak banyak keluar. Masa tu memang le buta kayu fasal breastmilk ni. Pam jugak, pam jugak. Rasa nak melelas 'b' ku. Dah le kena sound ngan nurse yang tak tau fasal breastmilk tu. Tension je rasa masa tu.
Sekarang ni barulah ku tahu, rupanye memanglah kolustrum tu kuar sikit je. Laa..cenggitu rupanya. Patutla pam tak kuar banyak. Dalam kepala masa tu, dok pikir, susu aku ni takde ke ? Kesian la babyku nak minum. Pam ni tak ok ke ? Rupanye, memang baby baru lahir tak minum banyak susu. Hemm...
Bila nak mula kerja, barulah ku mula mengepam nih. Masa memula dulu, ku tak pam kat opis, ingatkan takpelah, nanti balik, malam kang baru pam. Laa..rupanye baru ku tahu, siang pun kena pam. Timakasih banyak la kat adik Farah, SaraKids. Dia memang banyak bagi nasihat. Slalu gak ku telefon dia. Ku pun mengepam la kat opis. Sampai naik lenguh tangan. Memula lenguh tangan, pas tu lenguh bahu, pas tu, sakit lak belakang, pas tu...wargh..ku tak tahan...!
Lastnye, hubby ku kesian tengok ku, dia pun cari le kat internet, kat mana boley dapat breastpump yang ok. Lastly tu lah dapat beli Avent IQ Electric double pumping. Alhamdulillah..ku amat SUKE..!! Relax pun relax masa pam, susu pun kuar ok, 'b' tak sakit, takde backflow, motor dia tak bising and etc..Tapi ku tak reti le nak compare ngan brand lain sebab ku cuma guna Avent ni je. Anyway, rasanya tak nak tukar ke breastpump lain la. Ni dah Ok sangat dah. Haa..cenggini la rupanya pam ku itu. Ni beg dia, semua boley masuk dalam. Ada dua beg thinsulate sekali dengan ice pack untuk susu yang dah diperah. Beg thinsulate tu letak sekali dalam beg hitam nih.




Ni kepala plug dia. Kena beli adapter cam dalam gambar ni. Pam ni kan luar negeri punya, so, dia punya kepala plug ada dua kaki je dan bentuk bulat. So, beli adapter (murah je) cucuh je kat adapter tu, pas tu baru boley cucuh kat soket lubang tiga tu.

Haa..ni pulak adapter dia. Sambung plug tadi kat adapter ni, then sambung lak adapter ni kat motor dia. Senang je.



Ni pulak motor pam tu. Comey je. Cucuh plak kabel untuk pam tu kat tempat soket untuk kabel pam tu. Pas tu ON kan suis tu. Ha, boley le mula mengepam. Avent IQ ni boleh diselaraskan kelajuan dan rentak pengepaman yang kita rasa sesuai dengan kita. Kalau kita suka laju, kita buat mode laju, kalau rasa nak cara mengepam tu macam baby kita hisap nenen kita, boley adjust cenggitu. Kita jugak boleh setting kan kelajuan tu dan simpan dalam memory dia. So, next time bila mengepam, tekan je button biru kat tepi kepala pam tu.



Ni la kepala pamnya. Comey jugak.



Ini la rupa let down massage cushion pada corong pam tu.



Ni la rupanya pam yang dah siap disambung. Ku pasang satu pam je, patutnya kan dua. Ni kan double pumping. Tinggal kat umah lah weh..satu lagi.






Kalau diperhatikan bebetul, corong pam dan botol tu kan warna dia kekuningan. Bukan sebab dah lama, tapi memang warna dia cenggitu. Honey tinted colour, ni versi yang BPA free. Ku tak pernah lah pulak cuba ngepam kat cubicle opis ni. Tak gamak je rasa. Alhamdulillah, kat opis nih ada surau. So, ku ngepam kat surau je la. Tu je lah ku nak cerita fasal breastpump kesayanganku. Tenkiu hubby..me luv u..Hee...

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Makan-Makan Kawan Along Part II

Salam. Hari ni 10 Jun 2009, ialah harijadi arwah Along. Maknanya kalau Along masih ada, Along dah umur 11 tahun. Dah besar panjang dah Along. Al Fatihah buat Along. Majlis makan-makan untuk kawan Along pada 6 Jun. hari Sabtu baru ni, Alhamdulillah..berjalan dengan baik. Kami tempah bihun goreng dan kuih-muih dari Pak Dol, Puteri Inn Rompin. Memang sedap masakannya.
Kawan-kawan Along dah besar panjang belaka. Yang perempuan, kami hadiahkan tudung. Yang lelaki, ramai tak datang, malu agaknya. Meriah jugak lah. Teringat masa ada arwahnya, dia lah tukang sambut, tukang layan, tukang entertain, tukang riuh and etc.
Harapnya, tahun depan, adalah lagi rezeki untuk buat makan-makan lagi untuk kawan-kawan Along, seperti yang disebutnya sebelum kembali ke rahmatullah. InsyaAllah.
Ni foto masa harijadi Along yang ke 8. Majlis harijadi dia yang terakhir kami sambut bersama.





Friday, June 5, 2009

Majlis Makan-Makan Untuk Kawan Along

Hari ni nak story fasal persediaan majlis makan-makan kat kampung esok. Esok, 6 Jun 2009, genaplah 2 tahun pemergian Along ke rahmatullah. Majlis tu simple je. Cadangnya nak buat kenduri tahlil, tapi mak dan abah advised kan baik tangguhkan dulu, coz' kenduri kahwin ada 3, 4 buah rumah on the same day. So, buat tarikh lain la kenduri tahlil tu. Esok, buat hi tea untuk kawan-kawan Along je. Seperti biasa, goodies bag mesti ada. This year yang specialnya, si Nur ada buat nyambut tetamu, kawan-kawan abang Long nya. Busy gak lah ke sana-ke mari nak cari barang, buah-buahan & macam-macam lagi. Harapnya semuanya berjalan dengan lancar.

Thursday, June 4, 2009

Assalamualaikum..

Hari ni entry sikit je. Semalam tak berapa dapat tidur. Si buah hatiku Nur sakit perut malam tadi. Kesian dia nangis tak berhenti. Puas didodoi, didukung, dipeluk. Akhirnya ayahnya gosokkan perut Nur dengan minyak Herbanika Nona Roguy. Lepas gosok -gosok, barulah aman sikit. Baru si Nur nak nenen. Dah kenyang, baru lelap. Alhamdulillah, Nur jenis yang tak banyak ragam. Balik dari nursery, ayah dia bawak dia round kat luar rumah. Bila lepas Maghrib, si Nur dah mengantuk nak tidur. Dapat nenen, terus tidur. Takpelah Nur...dah 10 tahun ummi tak dengar tangisan baby. Mudahan Nur membesar jadi anak yang solehah. Aminn..



Wednesday, June 3, 2009

Mengapa Susu Ibu Adalah Yang Terbaik



Entry ku hari ni ialah pengisian ilmu. Tajuk kat atas tu sama ngan tajuk dari mana sumber ilmu ni ku dapat. Dari Malajah Mingguan Wanita bilangan 1332 edisi 29 Mei - 4 Jun. Ruangan Permata Hatiku dalam majalah ni memang antara ruangan favourite ku. Ruangan ni ditulis oleh Dato' Dr Noor Laily dari Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak NURY.
Yang menarik perhatian ku dibawah tajuk ni ialah : "Kajian yang lama telah sah menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi bahan-bahan yang boleh meningkatkan sistem ketahanan disamping ada juga bahan-bahan yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus itu. Kajian yang terkini menunjukkan bahawa antara yang amat penting dalam susu ibu ialah sejenis protein yang diberi nama Neuclotide. Ia wujud dalam dos yang tinggi dan cukup dalam susu ibu dibandingkan susu lain iaitu anggaran 72gm/liter. Dibandingkan dengan susu lembu, sungguhpun banyak protein tetapi protein yang penting ini ialah hanya dalam lingkungan 32mg/liter sahaja. Kandungan protein susu lembu pada jenis yang lain memanglah tinggi tetapi tidak mencukupi bagi memperkuatkan sistem ketahanan dalam anak kecil atau bayi malah kita orang dewasa yang sentiasa dalam keadaan tertekan atau yang sedang mengidap apa jua penyakit.
Protein Neuclotide perlu untuk membina dan mematangkan Sel-Sel Darah Putih atau T-Lymphocytes yang penting dalam sistem ketahanan manusia. Anak kecil atau bayi memerlukan sistem ketahanan dalaman yang kuat untuk : 1.Melawan jangkitan atau menghalang jangkitan kuman dan bakteria, kulat, virus dan lain-lain. 2. Di dalam rahim ibu, jangkitan boleh menyebabkan keguguran.3.Menghalang pengeluaran bahan lamanya Cyfolcines yang menggalakkan pembiakan atau jangkitan bakteria.4. Menghalang reaksi negatif kepada apa jua vaksin.
Selain dari kekurangan atau kelemahan Sel T atau T-Lymphocytes, kekurangan Neuclotide ini boleh juga menyebabkan organ utama yang mengeluarkan T-Lymphocytes yang diberi nama organ Thymus juga di dalam keadaan yang lemah. Dengan kelemahan ini bukan sahaja T-Lymphocytes tidak matang tetapi jumlah pengeluarannya berkurangan maka anak kecil akan sering sakit dan bila sakit susah sembuh."
Itulah antara isi kandungan dalam artikel tu. Yang lain tu kena baca sendirilah.Ku rasa sangat menarik dan berinformasi dan ini yang buatku lebih bersemangat untuk teruskan penyusuan susu ibu buat Nur.
So, ibu-ibu, mama-mama, mummy-mummy, mak-mak kat luar sana yang sedang dan masih menyusukan anak anda, anda memang telah membuat pilihan yang amat tepat buat anak anda. Ku terjumpa ayat ni "It's not about my right to breastfeed it's about my child's right to eat". Betul sekali. Susu ibu adalah hak anak yang tiada kompromi sama sekali. Jadi susuilah anak anda dengan susu sendiri, bukan susu lembu. Acik support breastfeeding!






Tuesday, June 2, 2009

Bunga Gedik

Haa..catchy tak tajuk n3 hari ni ? Bunga gedik ni nama benda yang cam dalam foto kat bawah ni. Actually, ku tak tahu nama sebenor benda alah nih. Yang tertulis kat body dia ialah Flip Flap. Mungkin sebab daun dia yang akan buka tutup - flipping and flapping tu lah kot. Ada adik kat opis ku ni panggil benda alah ni bunga gedik sebab bila kena cahaya matahari, menda ni akan tergedik-gedik, daun dia akan naik dan turun ke atas dan ke bawah, dan bunga dia akan goyang ke kiri dan ke kanan.



Ada macam-macam colour bunga gedik nih. Ada bunga dia warna putih, warna pink, warna oren, pasu dia pun ada macam-macam warna, warna hijau, biru, oren, merah, pink dan bagai-bagai. Ku beli yang pasu dia warna pink nih. Sorry lah imej tak brapa clear, sebab bunga tuu tengah bergedik masa ku shoot foto dia. Harganya RM15.00 satu. Boleh beli kat kedai yang jual handphone. Asyik jadinya nengok menda ni gerak benornya. Boleh letak kat dalam kereta, kat atas meja atau kat-mana yang kita suka lah. Tapi, kena make sure tempat tu ada cahaya matahari. Sebab bunga gedik ni tak guna bateri, dia guna solar power. Lagi terik matahari, lagi kuat dia berjoget. Haa..apalagi, layan....


So adorable