Friday, May 29, 2009

Resipi Sawi Putih

Assalamualaikum.

Hari ni ku nak ajar resipi yang amatlah mudahnya. Resipi sawi putih masak senang. Haa..tu dia, nama pun senang. Kat bawah ni rupa sawi putih. Sayur sawi ni ada yang sawi hijau. Sawi hijau, batangnya hijau. Sawi putih, batangnya putih.




Yang benornya ku tak biasa makan sawi putih nih. Masa pantang hari tu lah baru blajo makan. Kata tok bidan yang urut ku masa pantang tu, sawi putih ni memang elok untuk ibu yang menyusukan anaknya. Boleh tambah susu. Ku rasa ada effectnya. Sebab, skrang nih, kalau makan sawi putih ni, rasa pengeluaran tenusuku mengalami sedikit kenaikan. Ok, cara masak resipi nih, memula, basuhlah bersih-bersih sawi tu. Kerat bahagian pangkal kat akar-akar tu. Leraikan satu-satu tangkai. Basuh bersih-bersih. Then, masukkan dalam periuk nasi kita tu. Make sure nasi dah masak. Jangan off kan dulu suis nya, bior keep warm je nasi tu. Haa..susun la ikut suka sawi putih tu kat atas nasi tu. Tengok gambor kat bawah nih.




Tutup periuk tu. Bior dalam 5 minit ke 10 minit. Tapi tengok-tengok le jugak sawi tu. Bila dah layu, (jangan sampai daun dia tukar kaler kekuningan) agak-agak lah, angkat sayur tu, letak dalam pinggan. Then, curahkan kicap. Ikutlah selera memasing, nak kicap pekat ke, kicap cair ke. Ku guna kicap lemak manis cap kipas udang. Peh tu tabur bawang goreng kat atas. Haa..nampak sedap kan. Memang sedap pun...Nyum!Nyum! Selamat mencuba !

Thursday, May 28, 2009

Breastfeeding Nur

Assalamualaikum.

Breastfeeding Nur. Camne acik boleh termula ngan breastfeeding nih ? Ya, masa pregnantkan si Nur, ada la ku start cari maklumat dan panduan sikit-sikit camne nak breastfeeding. Honestly, Along dulu minum susu botol je. Masa tu terpengaruh betul ngan iklan kat TV, majalah and etc. Syarikat pengeluar susu formula ni iklan kaw-kaw betul. Memang kita rasa bagus benor susu formula nih. Dah la time tu (10 tahun dulu) internet pun takde le selaju dan semudah skrang.
At first, masa pregnant dulu ku ambil mudah je. OK, bagi susu badan lah kat baby nanti. Mesti ada susu punya. Masa tu info yang ada lebih pada perkembangan baby dalam perut ku itu. Takde le pulak nak cari beria-beria info fasal breastfeeding nih.
Ku start breastfeed Nur masa hari kedua lepas bersalin. Masa tu dalam ward lagi. Hari pertama tak bagi langsung sebab ku tak larat bangun. Ku di operate dan kena full bius. Ting-tong lagi kepala time tu. Bila ingat balik memang sedih, sebab si Nur minum gak susu formula tu. Dah lah tak rooming in. Maafkan ummi Nur. Ni semua atas kekhilafan ummi jua. Masa second day tu, ibu ku yang suruh try menyusukan Nur. Alhamdulillah, si Nur terus pandai menyusu. Terus mintak baby duduk skali dalam bilik. Kalau tak memang kena antor ke bilik nursery.
Third day ingat dah boleh discharge, Nur kena jaundice pulak. Jaundice dia time tu baru lebih sikit je dari borderline, tapi doktor tak bagi balik, soh gak letak si Nur bawah UV ray tu. Sian Nur. Terjerit-jerit melalak sakan dia kena duduk bawah lampu tu. Bila ingat balik masa dia kena duduk sorang-sorang bawah lampu kat nursery tu sedih amat rasanya. Kalau lah ummi ni berilmu lebih sikit time tu...
Ku insist nak bagi breastmilk. Kejap-kejap nurse datang, "puan, anak puan menjerit kuat lah. Puan susukan dia. Nanti perah sekali susu, tak perlu lah puan ulang-alik banyak kali." katanya. Ku pun suruh hubby beli breastpump. Breastpump pertama ku ialah Avent Isis Manual. Macam nak rak ku pam. Punyalah naif, pam punya pam dapatlah dalam setengah auns je susu tu. Macam nak nangis rasa. Yang nurse tu pulak siap pandang semacam dan cakap " banyak ke susu awak ? Dapat tak dua auns setengah?" Ku jawab tak dapat. "Haa..kalau camtu, bagi je susu formula ni. Anak awak ni asyik menjerit je. Dia lapar ni. Susu awak tak cukup" jawapan nurse tu masih terngiang-ngiang kat telinga ku sampai hari ni.
Bila dah discharge, masa pantang, ku teruskan breastfeeding. Sampai lah lagi seminggu nak start kerja. Baru ku start (menggelabah tahap gaban) nak bagi susu ngan botol. Of course si Nur tak nak minum susu ummi dia dari botol. Masa anto si Nur kat nursery, ku tawakkal je, harap dia minum lah susu yang ku bekalkan tu. Kejap-kejap telefon pengasuh camne Nur. Alhamdulillah..Nur minum gak dari botol.
Bermulalah rutin ku mengepam susu kat ofis. 2 kali je ku pam. Memula pam jenuh menjawab soalan yang bagai-bagai dari oghang kat ofis nih. Ku sorang je yang buat keje pam-pam kat ofis nih. Sib baik ada peti ais kat opis, boleylah tumpang simpan jap.
Hubby ku tumpang simpati bila ku asyik ngadu-ngadu sakit bahu dan sengal tangan sebab pam manual tu. Lastnya dia belikan ku pam elektrik. Avent IQ double pumping. Sampai la ni pakai. Alhamdulillah, ku sangat puas hati. So far, takde problem. Nanti ku ceritakan hal-ehwal pam ni di lain entry.
Bila dah start keje ku mulalah surfing kat internet. Kat kampung masa pantang takde internet. Aduh..macam kat planet lain jek. Masa surfing tu lah ku jumpa SusuIbu.com. Sungguh banyak info yang ku dapat. Juga dari blog-blog yang tak kurang hebat info-infonya ; Sarakids, Lunatots, XclusivelyXpressing, Mom's Little Ones. Credits to all of them yang tak jemu-jemu bagi info kat orang lain. Acik tabik spring kat you all.

Foto kat n3 kali ni gambar bunga ros. Apa kena-mengena bunga ros ngan breastfeeding ? Oh..ada perkaitannya, dari segi perasaan. Bila kita pandang kat bunga ros yang cantik nih, rasanya, sedap je mata memandang dan rasa cantiknya ciptaan Allah SWT. Begitulah perasaan setiap ibu yang menyusukan atau memberi minum susunya sendiri samada direct feeding atau dari botol kepada anaknya. Perasaan yang sangat indah dan satu pemandangan yang sungguh cantik. Susu ibu, hebatnya ciptaan Allah !
Begitulah camne termulanya ku membreastfeed Nur. Banyak lagi hal breastfeeding nak cerita ni. Nanti di lain entry ko coret lagi.

Tuesday, May 26, 2009

Faris Naqiuddin Part II

Assalamualaikum.

Today's entry is again about Faris Naqiuddin. Ada apa dengan Faris ? Last entry about our beloved son ni ku ada mention fasal dia jatuh dan fit a day before he passed away. Keadaan fit dan seizures ni slalu terjadi pada Faris @ Along ni. First time masa dia start kena begitu masa dia umur 7 tahun. Mula-mula kami tak perasan pun. Ingatkan dia letih pergi skolah. Tapi keadaannya itu adalah disebabkan oleh fit dan seizures yang dialaminya.
Kami refer keadaan ini pada doktor. Ia bersangkut-paut ngan meningitis yang dihadapinya semasa berumur setahun lebih. Rekod kesihatan Along masa kecil tidak brapa elok. Mula-mula semuanya ok until he turned to 8-9 months. Dia slalu demam. Kadang-kadang tinggi. Sampai kami beli thermometer scanner tu untuk make sure betul-betul suhu badan dia. Bila demam tinggi sangat, bawak jumpa doktor, ambil ubat, tuam ngan kain lembab kat kepala dia and etc.
First Along kena warded sebab dia kena jangkitan kat mulut dia. Habis mulut dia macam melepuh-lepuh putih dan bila lepuhan tu pecah, berdarah lah pulak. Bila ku tanya doktor camne lak boleh kena, sedangkan botol susu dan peralatan yang patut, habis ku rebus ngan air panas, sampai ada kes yang ku rebus sampai lembik lole botol plastik tuh. Doktor kata, tak sure kuman dari mana, mungkin dari udara. Foto nih masa Along kena jangkitan paru-paru. Setiap 4 jam kena guna nebulizer tu.


Then, dia kena jangkitan paru-paru. Puas duduk kat spital. Masa tu umur dia setahun lebih. Tak berjalan lagi. Ku tanya doktor jugak, fasal apa kena jangkitan paru-paru, rasanya rumah dan nursery tempat ku antor Along bersih. Doktor kata, mungkin masa kuman tu attack dia, pertahanan badan dia lemah, jadi cepat kena jangkitan kuman.
Lastly, dia kena demam kuat sangat sampai fit. Bila bawak pergi spital (masa tu kat kampung), doktor kata tak tau kuman apa kena kat dia. Doktor tu siap nak buat lp (lumbar puncture - ambik air tulang belakang). Punyalah takut masa tu, dah lah dengor cerita macam-macam, kalau buat lp boleh lumpuh lah dan macam-macam.
Kami mintak bawa balik Along dan masukkan dia ke spital yang selalu dia kena warded tu. Senang, rekod semua dah ada kat situ. Alhamdulillah, doktor kata tak perlu buat lp. Dia antor sample darah ke lab kat Singapore. Alhamdulillah, result yang came back dapat kesan kuman apa yang serang Along. So, doktor started with antibiotics dan macam-macam jenis ubat lagi. Dekat tiga minggu kat ward, akhirnya Along recovered dan dapat discharge dari spital.


Doktor ada beritahu kami yang effect dari meningitis tu maybe akan dapat masa dia besar. Mungkin dia akan jadi pekak atau lumpuh atau apa-apa possibility lagi lah. So, doktor mintak kami be ready dengan any possibility. Luckily, Along tak pekak atau lumpuh, tapi bila dia umur 7 tahun, dia start developing symptom seperti epilepsy. Tu yang slalu tiba-tiba kena seizures tu. Lepas buat eeg reading kat Hospital Ampang Puteri.(time tu kat Kuantan takde machine untuk buat eeg tu), doktor confirm Along kena epilepsy. Foto kat bawah ni dalam baby cot kat spital. Habis satu ward kami bawa Along pusing. Kesian dia borring, coz' lama sangat kena warded.


Kami sentiasa perlu bersedia dan alert dengan keadaan Along, dan belajar cara nak handle Along bila Along kena seizures ni. Kami banyakkan cari bahan ilmiah untuk learn keadaan Along ni. Kena buat reference, cari maklumat, tanya doktor dan macam-macam lagi. Kami juga perlu beritahu cikgu-cikgu, both our parents dan saudara-mara terdekat yang selalu ngan Along about his condition, so everybody will know what action to be taken masa Along kena seizures ni.
Due to keadaannya yang selalu kena seizures ni, we have to make a very hard decision untuk berhentikan swimming class Along. Takut kena seizures dalam pool. Sebab bila time seizures tu, dia tak dapat control badan dia dan akan jadi kejang. Ada ketikanya dia akan terkencing tanpa disengajakan. Kat sini boleh tengok apa yang parents boleh lakukan sekiranya seizures ini berlaku pada anak-anak. Seizures ni berlaku tak semestinya due to meningitis, tapi boleh juga berlaku jika anak mengalami demam yang terlalu tinggi.

So, you parents out there, inilah sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk dikongsi bersama, sekiranya anak anda mengalami keadaan seperti Along ni. Be patient, dan terima ketentuan Allah ini. Anak adalah amanah, so, jagalah amanah ini, peliharalah ia sebaiknya.

Monday, May 25, 2009

Nur Khadeejah Soleha





Salam.

N3 hari ni fasal our beloved daughter, Nur Khadeejah Soleha. Ku dah mention dalam n3 before this Nur Khadeejah Soleha lahir setelah 18 bulan pemergian Alongnya Faris Naqiuddin.Setelah pemergian Along, aku dan hubby berada dalam kesedihan yang amat sangat, "deep sorrow" le tu kiranya.
Pandang sini nampak Along, sana nampak Along, suaranya terngiang-ngiang kat telinga. Tengok bilik dia, barang dia, huargh..nangis je la jawabnya. Hanya Allah SWT je lah yang tahu perasaan ku time tu.Tiap-tiap malam ku peluk alas tempat tidur Along. Tidur dalam air mata la tetiap malam. Rindunya...kat Along.
Bulan Februari 2008, ada sukan kat opis.. Ada lawan badminton. Aku join le nak kurangkan aktiviti nangis aku tu. Malam-malam ada training. Sampai le ke hari tournement (eh betul ke spelling nih?) Aku pun bersukan le ngan penuh syoknye. Weh..dah lama tak sukan, habis sakit urat saraf ku. Nak jadi cerita, ada satu malam tu, ku kena lawan 2 game, sebab ada team member yang tak datang. Habis game, esoknya, rasa nak patah kaki ku.
Hubby soh pegi jumpa doktor, takutla kot tergeliat urat saraf. Ku explain lah apa yang sakit kat dokter. Dia tanya bila last period ? Aku cakap memang dah agak lambat pun. Tapi ku tak kisah sangat pon, coz' memang dah biasa gitu. Period ku tak consistent. Dokter insist soh buat urine test. Ee..bab tu lah yang paling ku tak suka. Nak tak nak, ku buat juga.
Pas tu tetiba je dokter kata"emm..okay, positive". Ku tanya balik, positif apa dokter ? Dokter kata, you're pregnant. "Hah?!! What ? Are you sure ?" ku tanya balik dokter, (nii mode tak caya). Ku terpinga-pinga jalan balik nak bagitau hubby. Hari tu hari Jumaat, kena tunggu hubby balik solat Jumaat. Lepas bagitau, macam tak caya je..ye ke ni..? Ye laa..after nine years..baru nak ada sorang lagi baby. Dah tua dah acik..
Sepanjang pregnancy, Alhamdulillah, ku tak ada alahan, muntahan and pening an. Makan, sume menda sumbat, tolak batu n kayu. Badan pon dah semakin membesar bagai johan. Akhirnya, saat dinanti pon tiba. Hari Rabu 12 November ku start turun tanda. Ku ajak hubby trus gi spital. Kat spital, dokter check, kata baru bukak 3 cm. Dia suruh rehat kat wad. Ku apalagi, soh hubby pegi beli nasi lemak sambal sotong kering and telur goreng kat Kedai Akak Mawar tu. Tengah contraction, ku pulun nasi lemak sampai licin. Lapor weh..
Setelah puas sakit sekejap kuat, sekejap pelahan, akhirnya pukul 10 pagi 13 November 2008, doktor kata, haa..dah boleh masuk labour room. Tunggu punya tunggu, baby tak nak kuar jugak. Jam 11.30, dokter kata, heartbeat baby dah slowing down, so dia advice aku operate untuk elak kemungkinan yang tak diingini. Aku setuju je lah. Tak sanggup rasanya nak dengar berita tak baik dari dokter.
Tepat jam 12.52 tengahari, lahirlah Nur Khadeejah Soleha dari perut ummi dia yang telah dibelah oleh dokter tu ( macam perut ikan je..). Mak aku kata, nurse terus kuar operation room bawak baby untuk clean up, dia soh hubby ku ikut skali. Aku pulak tengah dijahit perut oleh dokter.
4 jam setelah operate, baru aku sedor. Tu le first time dapat nengok muka baby ku. Subhanallah..Nur Khadeejah Soleha permata hati ummi ayah. Lahir mu membawa cahaya dan bahagia. Satu amanah buat ummi dan ayah..Alhamdulillah..syukur hamba kepada Mu Ya Allah..


Friday, May 22, 2009

Crafts Room

Assalamualaikum..

Ok, entry hari nih fasal Craft Room. Yep, craft room atau Bilik Kraf. Ada lah terjumpa beberapa foto craft room kat Better Homes And Garden. Memang cantik. Nicely organize. Dia tunjuk cara camne nak susun barang-barang kraf seperti ribbon, benang, kain dan macam-macam. Kat sini ada beberapa foto yang acik ambik kat Better Homes and Garden tu. Kalau nak explore lagi lanjut, gi kat sini.



Acik teringin nak buat cenggitu. Tapi Bilik Kraf @ Bilik jahit @ Bilik Tengah @ home office ku itu tak settle-settle lagi di kemas. Nantilah, bila dah berjaya dikemas nanti, baru ku show off kat blog nih yek. Begitu juga hasil-hasil jahitan, kraftangan dan kerastangan ku yang tak seberapa itu. Banyak projek tergendala sebenornya. Selepas Along dah tiada, lama gak ku tak jengok Bilik Tengah tu. Bila duduk situ rasa sedih je, sebab slalunya Along temankan ku buat projek menjahit ke, gosok baju ke apa ke.
Haa.. tengok gambor kat bawah nih. Kemas betol Bilik Kraf dia. Semuanya tersusun rapi. Bilik Kraf ku ? Oww...barang-barangnya bertrabur sana-sini. Pe nak buat, otak serabut..Insya Allah, akan diusahakan. Tu lah, bila ada guest datang rumah, Bilik Tengah tu, bertutup rapat..Hee...malu weh..



Semenjak ada si Nur barulah ada semangat nak buat projek smula. Haa..Tengok gambor kat bawah nih. Molek je bebutangs tu diletakkan dalam bekas bulat bertutup see through tu. Pas tu tepekkan bekas tu kat dinding. Kan cantik tu. Oh..butangs ku..di sana sini..



Haa.. ni pulak kain-kain cotton dan bagai yang dilipat elok. Siap ikat riben lagi. Peh tu susun ikut coding kaler lak tu. Kain-kain ku berlipat dan disimpan dalam beg plastik Kedai Tuck Keong Mentakab (tempat aku shopping kain cotton, mmuahh..cayang hubby ku yang slalu layan ku beli kain..hee...).

Ok. ni je untuk n3 hari ni. Nanti ku tulis lagi.

Tuesday, May 19, 2009

Faris Naqiuddin



Today's entry is about my dearest late son Faris Naqiuddin. Yes, arwah Faris Naqiuddin. He'll turn to 11 this year if he's still alive. He died on 6th June 2007. Just 4 days before he turn to nine. I still remember talking to him a day before he rest in peace.
Along, itulah nama panggilan bagi nya. Walaupun sepanjang hayatnya, Along tak pernah merasa dipanggil Along oleh adiknya sendiri, kerana adiknya, Nur Khadeejah Soleha lahir lapan belas bulan setelah pemergian Along. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dan hubby sibuk merancang majlis harijadi buat anak tersayang, Along. Ntah kenapa, pada tahun itu, kami tidak tahu apa lagi nak dihadiahkan kepada Along. Aku masih ingat menelefon Along tengahari Selasa itu menanyakan hadiah apa yang Along nak. Dua kali Along jawab "Along nak bagi makan kawan". "Ye la, memang kita nak bagi makan kawan, tapi Along nak hadiah apa, Ummi dan Ayah belikan. " Kita nak bagi kawan makan...". Itu jugak yang Along jawab. Last nya aku & hubby decide nak carikan Along Golf putter set. Yes, Along memang pergi kelas golfing dan dah ada set golf sendiri.
Tetiba, dalam pukul 3.00 petang, abah ku call dari kampung bagitau Along jatuh dan tak sedarkan diri, dan fit.Time tu cuti skolah, dan Along nak tinggal kat kampung. Aku & hubby bergegas balik ke kampung. Sampai kat kampung, Along dah terbaring tak sedarkan diri. Kami call ambulan untuk bawa Along ke hospital. Ambulan lambat sangat, so, kami bawa Along sendiri ke hospital. Hubby ku pangku Along dan sempat panggil Along beberapa kali. Hubby kata, Along sedar juga beberapa kali dan pandang hubby, tapi lepas tu dia pengsan balik. Kat spital, doktor dah try untuk pulihkan keadaan Along, but still tak dapat. Doktor decide refer Along ke HTAA. Aku naik ambulan ngan Along ke HTAA. Hubby ku ikut dengan kereta. Dalam ambulan aku tak lepaskan tangan Along dan tak berhenti membaca apa-apa ayat dan zikir yang ku ingat. Aku pegang kaki dia, aku rasa kakinya sejuk dan mula melurus ke bawah. Aku teringat kata orang antara tanda orang yang sakit akan pergi, kakinya akan melurus. Tapi, ku tolak fikiran tu jauh-jauh. Ah, tak mungkin anakku. Dia kan kecik lagi.
Sampai HTAA, Along terus dimasukkan ke PICU (Paediatric Intensive Care Unit). Malam tu lah aku rasa malam yang cukup panjang dan aku langsung tak tidur. Bila hubby sampai, doktor in charge pun jumpa kami. Katanya mereka sedang cuba. Aku lihat keadaan di bilik ICU tu agak kelam-kabut dengan nurse dan doktor keluar masuk. Aku betul-betul tak sedap hati. Akhirnya jam 11.30 malam, doktor benarkan kami masuk dan tengok Along. Nurse kata Along dah stabil. Sayu dan pilu bila lihat tubuh yang sihat dan montel tu dipasang dengan segala macam wayar dan tiub. Aku pegang sebelah tangan Along. Hubby pegang sebelah lagi. Hubby suruh baca sepotong dari Ayat dalam surah Yasin.."salamaun qaulan mirrabbirrahim.." Aku tengok airmata Along berjurai di pipi dia. Aku tanya nurse, "nurse, kenapa anak saya ni, dia nangis ke ? Nurse jawab, "biasalah tu puan, dia dah sedar tu, tapi tak boleh bukak mata, dia dah bernafas sendiri dah tu". Tiba-tiba aku tengok Along macam susah nak bernafas dan, aku tanya nurse "nurse, kenapa plak anak saya macam susah nak bernafas ?". Nurse terus suruh kami keluar.
Along terus semakin sukar nak bernafas. Macam-macam yang doktor buat untuk stabilkan Along. Pukul 2.00 pagi, doktor datang dan tanya, dia pernah kena macam ni ke?". "Maksud doktor ?" aku tanya balik. "Keluar darah dari mulut tak berhenti dan buang najis warna hitam?" tanya doktor pulak. Aku jawab, tak pernah pun jadi camtu. Aku dan hubby terdiam. Dalam pukul 4.00 pagi, doktor datang lagi. Doktor kata, "Encik, Puan, keadaan anak dah 50/50". Aku dan hubby mintak kebenaran doktor untuk duduk dekat Along dan baca Yasin. Doktor tak benarkan sebab dia kata dia nak try lagi. Kami terus mula telefon saudara-mara dan sahabat-sahabat minta doakan untuk Along. Lepas Subuh, doktor datang lagi. Tapi kali ni doktor tak berkata apa-apa, hanya merenung kami dengan wajah yang amat sayu. Akhirnya hubbyku tanya pada doktor "doktor, anak saya dah takde ye?". Doktor hanya mengangguk. Pada saat itu, aku rasa dunia ini bagaikan gelap dan bumi yang ku pijak tak bertanah.Tak lama kemudian, nurse datang minta kain batik atau apa-apa kain dari aku. Kebetulan, aku memang bawak kain batik untuk spare. Ku berikan pada nurse.
Aku cuba kuatkan diri dan berjalan beriringan dengan hubby untuk menatap Along. Tak tergambar perasaan pilu ku masa tengok jenazah Along dilitup dengan kain batik yang kuberikan itu. "Innalillahiwainnailaihirojiunn.." itulah yang aku ucapkan. Aku tatap wajah Along yang tenang itu. Aku cium dahinya lama-lama. Aku ucapkan padanya "selamat jalan nak, selamat bertemu dengan Pencipta mu. Ummi sayang Along sampai akhirat..".
Urusan pengebumian Along berjalan lancar pagi itu. Syukur segalanya dapat disempurnakan dengan baik dan pantas. Masih tergambar di ruang mata wajah Along yang kali terakhir ku tatap sebelum dikebumikan. Wajahnya amat tenang, seperti sedang tidur amat lena dan yang amat sayu, wajahnya kala itu seperti wajahnya semasa tidur dalam dakapan aku sewaktu masih bayi. Kami kotakan permintaan Along untuk hadiah harijadinya, 'bagi makan kawan'. Kami buat juga majlis harijadinya, tapi tanpa Along. Kami jemput kawan-kawannya datang makan, seperti yang Along pinta.
Along, Ummi sentiasa doakan agar roh Along dicucuri rahmatNya dan Along ditempatkan bersama para anbia, aulia, syuhada, solihin dan mukminin. Mudahan Allah SWT izinkan kita bertemu kembali di syurga FirdausNya nanti. Amiinn.Ummi amat rindukan Along...

Friday, May 8, 2009

Assalamualaikum.

Have a wonderful Friday today. Countdown to one more day to Mother's Day. Today I received an email from my dear friend. The mail reads :

TO ALL BEUTIFULLLL MOTHERS..........

" HAPPY MOTHER;S DAY ............................LOVABLE MOTHERS...."

Being a Mother !

Somebody said it takes about six weeks to get back to normal after you've had a baby,
That somebody doesn't know that once you're a mother, "Normal" is history.
Somebody said being a mother is boring..
That somebody never rode in a car driven by a teenager with a driver's permit.
Somebody said if you're a good mother, your child will "turn out good"
That somebody thinks a child comes with directions and a guarantee
Somebody said "good" mother never raise their voices.
That somebody never came out the back door just in time to see her child hit a golf ball through the neighbour's kitchen window.
Somebody said you don't need an education to be a mother
That somebody never helped a fourth grader with her math
Somebody said you can't love the fifth child as much as you love the first
That somebody doesn't have five children
Somebody said a mother can find all the answers to her child-rearing questions in the books
That somebody never had a child stuff beans up his nose or in his ears
Somebody said the hardest part of being a mother is labor and delivery
That somebody never watched her "baby" get on the bus on the first day of kindergarden
or on a plane headed for military "boot camp"
Somebody said a mother can do her job with her eyes closed and one hand tied behind a back
That somebody never organized for giggling brownies to sell cookies
Somebody said a mother can stop worrying after her child gets married
That somebody doesn't know that marriage adds a new son or daughter-in-law to a mother's heartstrings
Somebody said a mother's job is done when her last child leaves home
That somebody never had grandchildren
Somebody said your mother knows you love her, so you don't need to tell her
That somebody isn't a mother...

To My Lovable Mak..thanks for evertything..I LOVE YOU. To all mother out there, keep up the good work, be happy, be strong, be calm, be nice...Happy Mother's Day..




Wednesday, May 6, 2009

Life Is Too Short To Be Wasted

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini satu permulaan yang baru. Hari ini bermulanya blog ku yang panjang gak namanya nih. 2009 ni tahun yang banyak menyaksikan perkara baru dalam hidup ku. Well, akan ku perturunkan segalanya (tak semua la...!!).

Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya ku masih bernafas di bumiNya yang indah ini. Untuk setiap saat, detik dan waktu yang dianugerah Nya, untuk segala kebahagiaan dan kesenangan, ujian dan cabaran, aku bersyukur Ya Allah. Ni tips untuk menjadi bahagia : BE GRATEFULL everyday, of course, to our creator, Allah SWT.

Okeh, ini N3 permulaan, nanti akan ku tambah lagi.

Wassalam

So adorable