Hari ni hari Rabu. Seperi biasa hari Rabu ada kelas Tafsir + Tajwid. Seperti biasa, masa sessi soal jawab ngan Ustaz, mesti Ustaz ada bagi soalan Pop Kuiz. Soalan hari ni, solat apa yang takde rakaat ? Haa..ramai yang jawab "mana ada solat yang takde rakaat Ustaz.." Ustaz pun tanya balik, "pasti dengan jawapan tu ?". Mula la memasing rasa tak confident la pulak ngan jawapan yang diberikan tadi. Habis, solat apa yang takde rakaat Ustaz ? Ustaz pulak yang kena tanya balik. Solat Jenazah. "Kalau ada rakaat, tertonggeng le orang kat depan tu. Orang takbir, awak bantai ruku'. Haa..kes haru tu", jawab Ustaz. "Ha ah lah..Solat Jenazah..Patut pun tak tahu, tak pernah buat..
Tu la, sekadar refresh balik. Adakalanya, kita tak tahu apa yang kita tak tahu, yang kita tahu, apa yang kita memang dah tahu, diberitahu dan nak ambil tahu. Lain-lain, kita memang tak nak ambil tahu (exclude gossip artis,..fuhh..sebok nak tahu...!!)
Ramadhan pun lagi 2 hari akan menjelang, bermakna, lagi 2 hari kita tak makan waktu siang. Cabaran besar bagi Sang Perokok, hish..jangan ada yang termerokok di waktu siang udah la. Menjelangnya Ramadahan bermakna akan bermulalah, aktiviti ibadah. Pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini akan meriah dan gemilang dengan Solat Tarawihnya, Solat Tahajudnya, Solat Taubatnya tak ketinggalan amalan bersedekah dan aktiviti yang sewaktu dengannya.
Juga, akan bermulalah aktiviti window shopping, ricky-ricky baju raya, kain langsir dan barangan perhiasan rumah. Tak ketinggalan penjual-penjual brooch, kerongsang, manik-manik lip lap untuk santapan mata dan jiwa kaum hawa. Bisa merentap sukma dan tak lena tidur dan tak khusyuk Solat Tarawih (untung bagi yang solat berjemaah, kalau tak, ada yang terbabas rakaat..!). Dan kalbu pun meronta, meminta untuk dibelikan apa yang telah terpandang oleh mata. Aduh..penangan mata. Bukan saja mulut dan hidung perlu pakai topeng, mata pun kena pakai topeng, kalu tak, rabak lah poket suami, kempis lah purse sang isteri.
Bagi yang bekerja makan gaji, dok jeling-menjeling bos, bila la nak bagi bonus Raya ni. Naik senget dan juling biji mata memandang tray si Secretary Bos. Bilanye? Aduhai la Bos, tak kesian ke kat kami ni? Sale kat shopping complex still on lagi...!
Ramadhan, besarnya cobaan mu..

No comments:
Post a Comment