Wednesday, August 26, 2009

Ada Apa Dengan Nur..

Ada apa dengan Nur..? Nur sekarang dah 9 bulan. Gigi dah tumbuh 2 batang kat bawah. Sebatang kat belah atas dah mula keluar. Sekarang ni Nur asyik nak lagakan gigi dia. Eee..ngilu dengar Nur laga gigi. Gritt..gritt...gritt. Nur dah makin laju merangkak. Makin laju memanjat. Favourite toy Nur, Mickey dan Mr Fish. Siap panggil Mickey, "Ki..Ki..Ki..". Nur dah pandai panggil kucing. "Chit..chit..chit..". Macam panggil tikus pulak. Nur dah pandai buat bunyi ayam berkokok. Ni tiru bunyi ayam kat kampung.

Nur dah start makan. Untuk breakfast, ku bekalkan Nur dengan menu buah-buahan. Kadang-kadang Nur breakfast puri epal atau epal dengan kismis, atau buah lai dengan kismis, atau pisang berangan lenyek. Biasanya tak habis, sebab pengasuh Nur cakap dia nak tidur time pagi. Lunch, ku bekalkan Nur bubur nasi campur carrot atau kentang, atau keduanya sekali, campur ikan bilis Rompin yang fresh dan baru tu atau ikan tenggiri. Blend dan tapis bubur tu. Haa..lunch ni selalunya Nur makan habis kata pengasuh dia.

Nur dah mula tunjuk minat pada tangga. Dah mula nak panjat tangga kat kampung. Fuhh..penat mengejar Tuan Puteri seorang ni. Laju je dia gerak ke tangga. Bila merangkak, Nur survey sekali lantai. Kalau ada benda-benda kat lantai, Nur akan analisa dan ambil sampel untuk dibuat ujikaji, pegang, rasa tekstur dan masuk ke dalam mulut untuk testing manis, masin, pahit atau masam. Time tu yang ku terjerit-jerit hap!Hap!Hap! Tak mau masuk mulut..yeikk!Yeikk! Nur pandang sekejap kat muka ummi dia yang kalut ni, lepas tu selamba dek je dia teruskan jugak eksperimen dia. Ya Allah..bertuah punya anak..

Nur dah pandai meniru dan mengajuk apa yang ummi dan ayah buat. Ayah batuk, Nur pun buat batuk manja. Ayah sendawa, Nur pun sendawa manja. Ummi marah, Nur marah balik kat ummi. Hee..garangnya anak perempuan ayah seorang ni. Ni gen sapa lah ni ye ?

Sekarang ni bulan Ramadhan, ummi dan ayah bangun sahur, Nur pun bangun jugak. Alaa..apesal lah Nur bangun..kalut jadinya ummi. Ingat time lepas sahur terus kemas dan dapat buat kerja lain, macam projek tergendala ummi kat Opis ummi / Bilik Kraf / Bilik Stor / Bilik Tengah tu. Haii..bila la nak siap projek-projek terperap dan dah nak jadi pekasam ni.

Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan keberkatan Ramadhan ini buat Nur, Ayah dan Ummi. Semoga Nur jadi anak yang solehah dan diberkati Allah SWT sentiasa. Aminn..

Sebagai menghormati Bulan Ramadhan Al Mubarak ni, kita tampilkan foto Nur bertudung la yek. Nampak muslimah gitu. Tapi..lengan tak cover daa..alahai Nur..

Friday, August 21, 2009

Swine Flu or common cold ?

Ku terima email ni dari sahabatku baru-baru ni. Sekarang ni kan musim swine flu / Influenza A H1N1 / Selsema Bab1 (sebut babi). Info email ni ku kira amat berguna. Bagus jugak kalau tahu perbezaan antara selsema biasa dan selsema Bab1 ni. Tak le kalut tak tentu fasal.

Know the Difference between Cold and Swine Flu Symptoms

Symptom

Cold

Swine Flu

Fever

Fever is rare with a cold

Fever is usually present with the flu in up to 80% of all flu cases. A temperature of 100˚F or higher for 3 to 4 days is associated with the flu.

Coughing

A hacking, productive ( mucus- producing) cough is often present with a cold.

A non-productive (non-mucus producing) cough is usually present with the flu (sometimes referred to as dry cough).

Aches

Slight body aches and pains can be part of a cold.

Severe aches and pains are common with the flu.

Stuffy Nose

Stuffy nose is commonly present with a cold and typically resolves spontaneously within a week.

Stuffy nose is not commonly present with the flu.

Chills

Chills are uncommon with a cold.

60% of people who have the flu experience chills.

Tiredness

Tiredness is fairly mild with a cold

Tiredness is moderate to severe with the flu.

Sneezing

Sneezing is commonly present with a cold.

Sneezing is not common with the flu.

Sudden Symptoms

Cold symptoms tend to develop over a few days.

The flu has a rapid onset within 3-6 hours. The flu hits hard and includes sudden symptoms like high fever, aches and pains.

Headache

A headache is fairly uncommon with a cold

A headache is very common with the flu, present in 80% of flu cases.

Sore Throat

Sore throat is commonly present with a cold.

Sore throat is not commonly present with the flu.

Chest Discomfort

Chest discomfort is mild to moderate with a cold.

Chest discomfort is often severe with the flu.


Mudahan dengan kedatangan Ramadhan ini akan terhindarlah selsema yang membawa maut ni (yang nama Bahasa Malaysia nya ni tak berapa selera nak sebut) dari kita semua. Aminn..

Thursday, August 20, 2009

Baju Kurung Nur

Hari ni nak cerita fasal baju kurung si Nur. Baju kurung ni dah lama ku siapkan. Dah dua kali si Nur pakai pun. Ku buat baju kurung ni asalnya untuk occasion kenduri kahwin sepupu hubby ku. Saja je la geram nak tengok si Nur berbaju kurung.

Punyalah excited nak jahit, tak sabor-sabor nak nengok si Nur pakai. Kain cotton tu dah lama ku beli. Kat mana lagi, kat kedai kain Tuck Keong kat Mentakab tu la. Ku memang ada banyak jugak lah koleksi kain cotton kat rumah. Ntahlah, asal lalu kat kedai kain jadi tak keruan semacam. Mesti nak beli kain cotton. Tak kira la camne pun hubby ku perli fasal kain yang dah banyak kat rumah yang tak tahu bila nak di start jahit. Ku tabahkan hati dan ku pekakkan telinga je. Ku pasti sepastinya, satu hari nanti projek yang tak tahu bila nak menjadinya tu, akan menjadi kenyataan, bak kata pepatah, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Well, "usaha tangga kejayaan".



Ni la baju kurung pertama si Nur, ni kira nak test power jugakla. Saja nak nengok skil menjahit baju kurung masih ok lagi ke atau dah tak hingat langsung. Alhamdulillah, menjadi jugak baju kurung si Nur ni. Tapi rasanya kekek dia ku terbuat kecik sangat, sebab nampak macam tak berapa cun. Takpe, nanti baju kurung raya si Nur, akan ku improvekan lagi.



Haa..ni nak tunjuk kancing baju kurung si Nur. Tu bukan brooch tau, tapi memang butang baju. Ku jumpa kat kedai barang - barang menjahit Zaman Moden kat Jalan Besar kat bandar Kuantan yang indah ni la. Ada pun kaler hijau. Mahal jugak la sebijik RM3.00. Tak kira la, baju si Nur punya fasal, boleh je.

Ku siap buat tikam leher tu. Sulam karipap. Tu je la yang ku ingat. Mata lalat ke, tulang belut ke, hapah tak ingat. Habis lupa dah semuanya. Itupun kena refresh ngan akak-akak kat opis ni camne nak jahit. Jadi jugakla, janji si Nur ku nampak sweet pakai baju kurung ni. Takde lah pulak foto si Nur berbaju kurung. Nanti next time la kalau ku ambil fotonya, ku upload kat blog ku ni. Aduhai la Nur...


Wednesday, August 19, 2009

Marhaban Ya Ramadhan !

Hari ni hari Rabu. Seperi biasa hari Rabu ada kelas Tafsir + Tajwid. Seperti biasa, masa sessi soal jawab ngan Ustaz, mesti Ustaz ada bagi soalan Pop Kuiz. Soalan hari ni, solat apa yang takde rakaat ? Haa..ramai yang jawab "mana ada solat yang takde rakaat Ustaz.." Ustaz pun tanya balik, "pasti dengan jawapan tu ?". Mula la memasing rasa tak confident la pulak ngan jawapan yang diberikan tadi. Habis, solat apa yang takde rakaat Ustaz ? Ustaz pulak yang kena tanya balik. Solat Jenazah. "Kalau ada rakaat, tertonggeng le orang kat depan tu. Orang takbir, awak bantai ruku'. Haa..kes haru tu", jawab Ustaz. "Ha ah lah..Solat Jenazah..Patut pun tak tahu, tak pernah buat..

Tu la, sekadar refresh balik. Adakalanya, kita tak tahu apa yang kita tak tahu, yang kita tahu, apa yang kita memang dah tahu, diberitahu dan nak ambil tahu. Lain-lain, kita memang tak nak ambil tahu (exclude gossip artis,..fuhh..sebok nak tahu...!!)

Ramadhan pun lagi 2 hari akan menjelang, bermakna, lagi 2 hari kita tak makan waktu siang. Cabaran besar bagi Sang Perokok, hish..jangan ada yang termerokok di waktu siang udah la. Menjelangnya Ramadahan bermakna akan bermulalah, aktiviti ibadah. Pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini akan meriah dan gemilang dengan Solat Tarawihnya, Solat Tahajudnya, Solat Taubatnya tak ketinggalan amalan bersedekah dan aktiviti yang sewaktu dengannya.

Juga, akan bermulalah aktiviti window shopping, ricky-ricky baju raya, kain langsir dan barangan perhiasan rumah. Tak ketinggalan penjual-penjual brooch, kerongsang, manik-manik lip lap untuk santapan mata dan jiwa kaum hawa. Bisa merentap sukma dan tak lena tidur dan tak khusyuk Solat Tarawih (untung bagi yang solat berjemaah, kalau tak, ada yang terbabas rakaat..!). Dan kalbu pun meronta, meminta untuk dibelikan apa yang telah terpandang oleh mata. Aduh..penangan mata. Bukan saja mulut dan hidung perlu pakai topeng, mata pun kena pakai topeng, kalu tak, rabak lah poket suami, kempis lah purse sang isteri.

Bagi yang bekerja makan gaji, dok jeling-menjeling bos, bila la nak bagi bonus Raya ni. Naik senget dan juling biji mata memandang tray si Secretary Bos. Bilanye? Aduhai la Bos, tak kesian ke kat kami ni? Sale kat shopping complex still on lagi...!

Ramadhan, besarnya cobaan mu..

Monday, August 17, 2009

Misi Tukar Langsir Baru

Ntah berapa kali ntah ku buat facelift kat blog ku nih. Dari 2 column ke 3 column, dari satu background ke satu background. Tapi belum ada satu yang betul-betul berkonan dan dekat di hati ku. Ntah le, adakah diriku yang cerewet amat atau memang takde yang betul-betul cun. Penyudahnye, dapat le seperti yang terpapar nih. Ku masih lagi di dalam misi mencari yang betul-betul menepati kehendak dan citarasa. Tu lakan, bukan senang nak memuaskan kehendak dan keinginan seseorang. Betapa agungnya Maha Pencipta, setiap seorang insan ciptaanNya, unik dengan kehendak, kemahuan, perasaan dan berbagai-bagai lagi. Sungguh kompleks dan tak tercapai dek akal ku.Hu..hu..hu..

Wednesday, August 12, 2009

Penangan Influenza H1N1

Lama gak ku tak tulis apa-apa kat blog nih. Sibuk banyak benda lain. Sekarang ni macam-macam hal. Paling serun fasal selsema H1N1 atau BAB 1 nih. Hee.. sana sini ada je kes. Kes kematian pun makin meningkat, bukannya menurun. Sana sini nampak mask rider..hee..orang pakai topeng mulut dan hidung daa..Semalam Bos ku suruh ku pergi survey mask dan hand sanitiser untuk opis ni. Fuhh..sold out menda alah tu. Tu dia penangan Influenza H1N1.
Teringat lah pulak ada sorang member ada farmasi. Call dia, sib baik dia baru order stok dan stok sampai hari ni. Harga pun naik. Nak buat camne, member ku kata, pengedar ambik la kesempatan nak naikkan harga, time-time camni le diaorang nak buat untung. Hand sanitiser pun yang tinggal brand Cuticura. Cuticura pun Cuticura lah, janji ada. Bukan apa kot ye pun bertawakkal, takkanlah tak ambik langkah-langkah yang sepatutnya. Refer lah pada satu kes zaman Rasulullah dulu. Adalah sorang hamba Allah ni, namanya ku tak ingat lah pulak. Dia datang naik unta, lepas tu, sampai kat masjid, dia bior je unta tu tak bertambat. Rasulullah SAW pun tegur lah dia. Hamba Allah tu kata dia tawakkal je la pada Allah SWT nasib unta dia tu. Rasulullah SAW beritahu dia, tambat dahulu unta tu, barulah tawakkal. Maksudnya, buat lah apa yang patut dulu. Dalam kes influenza ni, "prevention is better then cure". Mudah-mudahan semuanya dilindungi Allah SWT dan dijauhkan dari penyakit ni, dan mudahan cepat la habis wabak ni . Aminn..

Wednesday, August 5, 2009

Allah SWT left clues

Ni ada beberapa fakta menarik yang ku baca. Actually, fakta ni dapat dari email yang dikirimkan oleh sahabatku. Memang interesting. Selalunya kita akan take for granted perkara-perkara atau benda-benda yang berada disekeliling kita atau terlepas pandang perkara-perkara atau benda-benda ni. Kenapa? Samada kita tak peka atau kurang peka atau memang kita jenis yang tak pernah dan tak mahu ambil pusing dengan perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa di sekeliling kita.

Allah SWT menciptakan setiap sesuatu itu ada fungsi dan kegunaannya. Cuma kita yang tak ambil peduli. Bak kata orang belah Pantai Timur, tak cakna. Sesekali dalam hidup kita, bukakanlah mata dan hati kita, pandang sekeliling dan nikmatilah anugerah ciptaan Illahi sementara kita masih mampu berbuat demikian.

A sliced Carrot looks like the human eye The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye...and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.
A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.
Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.

Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? ..... It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemica l cons tituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm as well as to overcome male sterility.

Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries
Grapefruits, Oranges , and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.
Onions look like body cells. Today's research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes

Begitulah kebesaran Allah SWT. Setiap satu ciptaanNya, ada hikmahnya yang tersendiri. Semuanya mempunyai sumbangan dan manfaat kepada manusia. Fikirkanlah dan renungkanlah...

So adorable