Monday, July 20, 2009

Nur hampir nak dapat adik..

Salam. Dah agak lama ku tak berblogging. Dah bersawang dan berabuk rumah ku nih. Ku baru pulih fizikal, mental dan emosi kerana keguguran. Kalau tak, ber adik lah si Nur tu awal tahun depan. Tapi, ketentuan dan taqdir Allah, tak ada rezeki lagi. Takpe..InsyaAllah, ada lah rezeki lain pulak. Keguguran kali ni, ku tak perlu buat D&C gak. Fuhh..punyalah lega bila Cik Puan Doktor beritahu tak perlu D&C. Seram sejuk masa nak jumpa doktor. Macam-macam ayat dan zikir ku baca. Macam-macam cerita ku dengar fasal D&C ni. Tu yang takut tahap gaban tu. Harap lepas ni kalau pregnant lagi, biarlah OK semuanya.

No comments:

Post a Comment

So adorable