Thursday, April 1, 2010

Nur Kini..

Assalamualaikum.

Sungguh. Lama sungguh ku tak update blog ku ini. Kesibukan yang amat. Hemm..besar dah Nur. Saja post gambar Nur dalam Mag My Picture. Photo Nur tu baru jugak tu. Dah setahun 4 bulan si Nur. Macam-macam dah keletah Nur. Semalam Nur demam. Balik dari nursery hari Selasa tu badan dia dah dedar-dedar kata orang kampung ku. Kalau ikut bahasanya, suam-suam lah. Balik nursery terus bawak pergi klinik. Nur ni memang susah nak makan ubat. Nak dapatkan dia menelan ubat tu, hemm..alamatnya berperang lah dengan dia. Pegang kaki tangan. Siap sedia dengan kain, syringe, ubat, piss, masuk ubat dalam mulut Nur, separuh keluar balik. Mencabar sungguh lah...

Hari ni, Alhamdulillah, Nur dah OK. Jadi, kena la pergi nursery gak. Harapnya Nur sihat la terus. Ya Allah, sembuhkan lah demam anak ku, Nur Khadeejah Soleha. Amin. Takpe nak, demam tu ujian dari Allah SWT, supaya Nur lebih kuat. Nur memang anak yang kuat, sihat dan cerdas. Amin..

Thursday, November 19, 2009

Tip-Tip Menjadi Orang Cemerlang..

1. Sebelum tidur maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. ( hatta tokey kedai runcit yang jual barang berganda mahal. Urgent punya fasal, terbeli lah jugak, walau dalam hati bukan kepalang geram, walau beza harga cuma singgit..singgit tu memang memberikan impak yg besar...!!)



2. Sebelum tidur berdoa, bergantung kepada apa kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita, (ni peranan minda bawah sedar) & InsyaAllah, kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) keesokan harinya. (harap orang lelaki yang dah ber one isteri jgn lah mintak kuota yg lagi is three tu dipenuhi...!!)



3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini amat baik untuk penghadaman. Ikutilah cara Rasulullah SAW. Kan Baginda makan kurma dulu sebelum berbuka..kurma tu buah le..)



4. Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.



5. Bila kita minum, masa tegukan yang pertama biarkan air tu selama 10 saat dalam mulut kemudian baru ditelan. Tegukan yang seterusnya baru boleh telan terus. Kenapa ? Sebab air liur mempunyai enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas dan perut. Air tegukan yang pertama tadi akan membawa segala kuman ini keluar. Macam flush out la dari sistem badan kita.



6. Makan malam sebelum maghrib atau time -time macam waktu buka puasa Ramadhan tu la. Ikut kajian, otak kita akan berfungsi dengan cemerlang lebih kurang 2 jam selepas makan. Jadi bayangkan kalau makan malam pukul 9.00 malam, jadi otak akan berfungsi cemerlang pada pukul 11.00 malam. Habis, pukul berapa nak tidur ? Kan tu namanya ketidakcekapan dalam penggunaan otak dan masa.



7. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baik yang baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut. InsyaAllah akan menjadi tabiat yang berkekalan.



8. Buang segala rasa hasad - dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan penghasilan adrenaline berlebihan dan juga penghasilan cortisone dan toksin yang boleh membawa kepada penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut dan sebagainya.



Begitulah tip -tip orang cemerlang. Mari sama-sama kita amalkan, mudah-mudahan kita jadi orang yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Monday, November 16, 2009

Gotong Royong lah Pulak..

Semalam 15 hb November 2009 ada aktiviti gotong- royong di Tanah Perkuburan Kg Lebu. Di situlah Alllahyarham Faris Naqiuddin, anakanda kesayangan kami dikebumikan. Seperti biasa acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa. Then, makan-makan sebelum gotong- royong dimulakan. Bab makan-makan ni memang ku suka sangat. Penduduk Kg Lebu ni memang pemurah. Macam-macam ada. Nasi lemak, mi goreng kering, mi goreng basah, kuih apam, cekodok, goreng cempedak, bahulu, buah duku dan etc. Air pulak ada air teh, teh 'o', air kopi susu, air oren, air rozel. Meriah sungguh. Tu baru breakfast. Lunch pun ada. Semalam lauknya gulai lemak rebung dan daging cincang, sayur kobis, gulai tempoyak ikan, baby tomato dan ulam-ulaman cicah ngan sambal belacan..pergh..meleleh air liur..!

Ramai jugak yang datang semalam. AJK kat Tanah Perkuburan Kg Lebu ni memang patut kita bagi award kerana kecekapan dan kerajinan mereka mengendalikan aktiviti ni. Siap jemput saudara-saudara dari Agensi Antidadah Kebangsaan tolong sekali. Meriahnya wehh..! Sekejap je siap potong rumput, clear kan kawasan perkuburan dan sepohon pokok besar yang tumbang. Siap ada bulldozer, lori angkut batang pokok dan ranting-ranting pokok tu. Memang happening lah.




Aktiviti gotong-royong ni memang rutin kat sini setiap 3 bulan. Alhamdulillah..anakanda kesayangan kami dikebumikan di sini. Suasana kat tanah perkuburan ni memang bersih, ceria dan selesa.



Foto gotong- royong N3 kali ni actually yang awal tahun dulu. Semalam tak sempat ambil gambar. Tapi, camni lah suasana gotong-royong tu. Meriah dan penuh kerjasama. Kan bagus kalau semua tanah perkuburan macam ni.



Tu dia, hubby kesayangan sedang asyik membersihkan kawasan tepi pusara arwah Faris.










Hemm..sempat jugak posing dengan si Nur di sisi pusara arwah abangnya Faris.

Wednesday, November 11, 2009

Apa yang terkini ?


Hemm...dah lama tak buat n3 kat blog nih. Nak kata sebok sangat, taklah jugak. Tapi, yang pastinya sebok membaca dan membaca blog orang lain, blog -blog yang dah dibookmarkkan, blog mengenai Self Improvement, Right Brain Teaching Method for Kids, Nurturing Kids Mind dan etc. Kenapa ? Membaca adalah gerbang ilmu. Ku terjumpa satu blog yang menarik. Bukan layoutnya atau appearancenya, tapi apa yang ada di blog itu. Blog tu mengenai self improving. Boleh visit blog tu kat sini. Ada bagi download ebook percuma. Ku tengah baca ebook Bongkar Potensi & Kemampuan Diri Anda Yang Terpendam. Fuhh..tajuknya menarik. Pasti tertarik untuk baca. Memang bagus ebook ni. Kita dapat mula kenal diri kita dan apa tujuan kita sebenarnya. Tapi yang paling bagus ialah ebook ni percuma..! Haa..haa..! Dasar orang kita, nak murah tapi berkualiti dan banyak, nak yang baik, tapi percuma...!

Right Brain Teaching ? Ohh..si Nur ku akan mencecah 1 tahun hari Jumaat ini. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je lagi melahirkan Nur. Ku belum ada apa-apa plan untuk sambut Birthday si Nur ni. Oleh kerana Nur dah hampir nak cecah angka 1 tahun, so, banyaklah perkara yang perlu diconsiderkan untuk Nur ni. Antaranya ialah camne nak didik Nur cara yang palik baik, camne nak pastikan dalam masa yang sama Nur tak under pressure dengan harapan dan impian umminya. Banyak kaedah dan teknik terkini, antaranya ialah mengenai rangsangan otak belah kanan tu. Baru ku tahu, otak belah kanan ni terbuka luas untuk dipupuk dan diisikan dengan input-input pembelajaran dari usia bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun. Lepas 3 tahun, bila otak kiri dah start nak digunakan sepenuhnya, kanak-kanak akan tukar guna hemisfera logik di otak kiri. Di peringkat inilah, bila otak kanan tidak digunakan atau dichallengekan, atau kanak-kanak itu memang sentiasa berada di persekitaran pembelajaran menggunakan otak kiri sahaja, maka hemisfera otak kiri akan mendominasi. Kenapa otak kanan? Boleh baca kat sini.

"Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luarbiasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, tetapi manusia hebat/ genius telah menggunakan pengetahuan tersebut."
- Imam Jaafar Sadiq


Tuesday, October 20, 2009

Resepi Kuih Batik Gerenti Sedap




Haa..n3 hari ni kita memasak lah pulak. Lama dah tutup pintu blog ni. So, hari ni buat hari terbuka blog. Kita masak kuih batik ni ye. Seperti biasa, bahan-bahannya :

Bahan A :

3 biji telur

3/4 gelas gula pasir (tiga perempat gelas, bukan tiga atau empat gelas, kang..kena diabetes woo)


½
gelas koko. Ku biasa guna brand kat bawah ni. Koko dia tak le pahit sangat. Just nice je.


½ gelas milo

1 buku Buttercup (250 gm)


Bahan B :

1 gelas susu segar (Biasanya ku guna Ducth Lady Fresh Milk)

580 gm biskut marie yang biasa (patahkan 4). Kalau nak guna biskut Marie perasa kopi pun takpe. Ikut selera memasing la.

Cara-cara :

1. Gaulkan bahan A



2. Masukkan susu segar (Bahan B) sedikit demi sedikit sampai habis segelas

3. Jerangkan dalam kuali atas api sederhana

4. Kacaukan perlahan-lahan. Bila agak pekat tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit. Ni la rupanya bahan yang dah pekat tu.



5. Bila bancuhan telah agak sejuk, baru masukkan biskut marie untuk mengelakkan biskut menjadi lembik.

6. Gaulkan rata.



7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan mampatkan. Lapikkan loyang dengan cling wrapper (alaa...plastik nipis buat bungkus2 menda tu la) dulu, nanti bila kita nak keluarkan kuih batik ni, terbalikkan je loyang atas papan pemotong, alihkan cling wrapper tu, potong kuih tu, tapi, make sure guna pisau yang tajam, kalau tak nampak tak cantik la kuih tu bila dipotong.



8. Simpankan ke dalam peti sejuk. Bila dah keras sikit, apalagi, makan je la.



Ni la rupa keratan rentas kuih batik ni. Cubalah, gerenti jadik dan sedap. Kalau tak jadi, gerenti tak pandai la tu...haaa...haaa..

Nota : Gunakan gelas yang sama saiz masa sukat bahan-bahan tu. Baru rasa dia ngam.




Tuesday, October 6, 2009

Kenapa lah mak baby tu...??


Fuhh...fuhh...Berabuk sekali blog ni. Baru hari ini ada mood nak menulis. Cuti Raya sakan. Tapi hari ini ku terpanggil nak menulis semula ni, disebabkan kisah seorang baby kat nursery tempat ku hantar si Nur. Ada apa dengan baby tu ? Baby tu baby boy. Umur dia baru 2 bulan lebih. Mak dia start tinggalkan dia kat nursery masa umur dia 44 hari. Terkejut jugak bila pengasuh kat nursery tu kata baby tu baru 44 hari. Mak dia kerja apa ek..? Agaknya kerja sendiri. Kalau kerja dengan gomen atau swasta, cuti bersalin mesti 60 hari. Kiranya baby dah 2 bulan lebih baru kita start hantar ke nursery atau ke rumah jiran atau sedara mara atau atuk dan neneknya.

Apa yang menjadi kemusykilan kat diriku ni bukan fasal baby tu dihantar awal ke nursery, tapi fasal cara mak dia beri susu kat baby dia tu. Baby tu diberi breastmilk. Maksudnya mak dia susukan baby dia. Ok, tu memang bagus both to mommy and baby. Tapi yang tak dapat diterima oleh perasaan, hati dan fikiranku ialah, mak baby tu bagi susu kat dia awal pagi masa hantar baby tu dalam kira-kira pukul 7.30 pagi. Lepas tu baby tu tak dibekalkan apa-apa minuman samada susu badan yang diperah atau susu tepung sehingga pukul 1.00 tengahari bila mak baby tu datang untuk susukan baby dia.

Ku tanya kat pengasuh kat nursery tu, mak dia tak bekalkan susu perahan ke ? Kata pengasuh, " kami dah cakap kat dia kak, dia bagi alasan tak dapat puting yang macam puting "doctor baby" tu." Laa..apa lah punya alasan. Bersepah puting tu kat kedai. Kedai runcit pun ada jual puting tu. ''Susu tepung pun dia tak bekalkan ke ?" ku tanya lagi sebab jawapan tadi memang tak memuaskan hati ku. Jawab pengasuh tu, "dia tak bagi kak, sebab kepala baby dia naik kerak dan kudis bila minum susu tepung ". Ku semakin tak faham dengan sikap mak baby tu. Kalau kepala dah berkerak dan berkudis tu maksudnya dia allergic dengan susu tu. Ada baby allergic dengan susu tepung yang dibuat dari susu lembu. Ku teringat arwah Faris dulu, memang dia allergic dengan susu lembu. Tapi dia cuma kembung dan muntah je tak le sampai berkudis kepala, so, kami cari lah susu yang diperbuat dari plantbase. End up, si arwah Faris minum susu Bebelec, baru lah okay.

Bayangkanlah dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 1.00 tengahari baby tu berlapar. Patutlah dia menangis, kelaparan rupanya. Kesian betul. Tersentuh sungguh naluri keibuanku tengok baby tu. Si Nur pulak asyik tunjuk kat baby tu. Agaknya nak beritahu padaku, ummi,kesiannya baby tu lapar.. Tak faham...tak faham..Ada jugak mak jenis camni. Kejam sungguh...

Wednesday, August 26, 2009

Ada Apa Dengan Nur..

Ada apa dengan Nur..? Nur sekarang dah 9 bulan. Gigi dah tumbuh 2 batang kat bawah. Sebatang kat belah atas dah mula keluar. Sekarang ni Nur asyik nak lagakan gigi dia. Eee..ngilu dengar Nur laga gigi. Gritt..gritt...gritt. Nur dah makin laju merangkak. Makin laju memanjat. Favourite toy Nur, Mickey dan Mr Fish. Siap panggil Mickey, "Ki..Ki..Ki..". Nur dah pandai panggil kucing. "Chit..chit..chit..". Macam panggil tikus pulak. Nur dah pandai buat bunyi ayam berkokok. Ni tiru bunyi ayam kat kampung.

Nur dah start makan. Untuk breakfast, ku bekalkan Nur dengan menu buah-buahan. Kadang-kadang Nur breakfast puri epal atau epal dengan kismis, atau buah lai dengan kismis, atau pisang berangan lenyek. Biasanya tak habis, sebab pengasuh Nur cakap dia nak tidur time pagi. Lunch, ku bekalkan Nur bubur nasi campur carrot atau kentang, atau keduanya sekali, campur ikan bilis Rompin yang fresh dan baru tu atau ikan tenggiri. Blend dan tapis bubur tu. Haa..lunch ni selalunya Nur makan habis kata pengasuh dia.

Nur dah mula tunjuk minat pada tangga. Dah mula nak panjat tangga kat kampung. Fuhh..penat mengejar Tuan Puteri seorang ni. Laju je dia gerak ke tangga. Bila merangkak, Nur survey sekali lantai. Kalau ada benda-benda kat lantai, Nur akan analisa dan ambil sampel untuk dibuat ujikaji, pegang, rasa tekstur dan masuk ke dalam mulut untuk testing manis, masin, pahit atau masam. Time tu yang ku terjerit-jerit hap!Hap!Hap! Tak mau masuk mulut..yeikk!Yeikk! Nur pandang sekejap kat muka ummi dia yang kalut ni, lepas tu selamba dek je dia teruskan jugak eksperimen dia. Ya Allah..bertuah punya anak..

Nur dah pandai meniru dan mengajuk apa yang ummi dan ayah buat. Ayah batuk, Nur pun buat batuk manja. Ayah sendawa, Nur pun sendawa manja. Ummi marah, Nur marah balik kat ummi. Hee..garangnya anak perempuan ayah seorang ni. Ni gen sapa lah ni ye ?

Sekarang ni bulan Ramadhan, ummi dan ayah bangun sahur, Nur pun bangun jugak. Alaa..apesal lah Nur bangun..kalut jadinya ummi. Ingat time lepas sahur terus kemas dan dapat buat kerja lain, macam projek tergendala ummi kat Opis ummi / Bilik Kraf / Bilik Stor / Bilik Tengah tu. Haii..bila la nak siap projek-projek terperap dan dah nak jadi pekasam ni.

Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan keberkatan Ramadhan ini buat Nur, Ayah dan Ummi. Semoga Nur jadi anak yang solehah dan diberkati Allah SWT sentiasa. Aminn..

Sebagai menghormati Bulan Ramadhan Al Mubarak ni, kita tampilkan foto Nur bertudung la yek. Nampak muslimah gitu. Tapi..lengan tak cover daa..alahai Nur..

So adorable